Tuesday, 1 April 2014

ENGAGEMENT...

Pertunangan (Khitbah) adalah syariat Islam. Firman Allah swt :-

وَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ فِيمَا عَرَّضْتُمْ بِهِ مِنْ خِطْبَةِ النِّسَاءِ 

“Dan tidak ada salahnya bagi kamu tentang apa yang kamu bayangkan (secara sindiran), untuk meminang perempuan ” [surah al-Baqarah : 235]

Nabi pernah bertunang dengan A’isyah ra [Sahih al-Bukhari #4793] dan diriwayatkan baginda juga pernah bertunang dengan Hafsah [Sahih al-Bukhari #4830].

Malah baginda menyarankan agar sesiapa yang ingin bertunang dengan seseorang wanita, dia dibenarkan melihat kepada wanita tersebut yang ingin dipinangnya. Sabda Nabi :-



إذا خطب أحدكم المرأة فإن استطاع أن ينظر إلى ما يدعوه إلى نكاحها فليفعل

“Apabila salah seorang dari kamu ingin bertunang, jika dia boleh melihat dimana permintaannya untuk meneruskan dan bernikah, maka biarlah dia lakukan” [Hadith Riwayat Abu Daud #2082].

Jelas disini menunjukkan bahawa bertunang juga adalah sunnah Nabi.

Monday, 10 February 2014

"AKU TERIMA NIKAHNYA..."


الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاءِ بِمَا فَضَّلَ اللَّهُ بَعْضَهُمْ عَلَىٰ بَعْضٍ وَبِمَا أَنفَقُوا مِنْ أَمْوَالِهِمْ ۚ فَالصَّالِحَاتُ قَانِتَاتٌ حَافِظَاتٌ لِّلْغَيْبِ بِمَا حَفِظَ اللَّهُ ۚ وَاللَّاتِي تَخَافُونَ نُشُوزَهُنَّ فَعِظُوهُنَّ وَاهْجُرُوهُنَّ فِي الْمَضَاجِعِ وَاضْرِبُوهُنَّ ۖ فَإِنْ أَطَعْنَكُمْ فَلَا تَبْغُوا عَلَيْهِنَّ سَبِيلًا ۗ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلِيًّا كَبِيرًا [٤:٣٤]

Men are the protectors and maintainers of women, because Allah has given the one more (strength) than the other, and because they support them from their means. Therefore the righteous women are devoutly obedient, and guard in (the husband's) absence what Allah would have them guard. As to those women on whose part ye fear disloyalty and ill-conduct, admonish them (first), (Next), refuse to share their beds, (And last) beat them (lightly); but if they return to obedience, seek not against them Means (of annoyance): For Allah is Most High, great(above you all). 

Posisi seorang lelaki itu sebenarnya semakin bertambah, daripada sekadar tanggungjawab sebagai seorang anak terhadap ibu-bapanya, kepada seorang suami dan juga ayah terhadap isteri dan anak-anaknya.

Itulah hasrat seorang wali, akan ketika bicaranya melafazkan; "aku nikahkan dikau dengan anak perempuanku ...", maka termeterailah akan perjanjian, hak dan tanggungjawab seorang lelaki (suami) terhadap seorang perempuan (isteri) tika si lelaki menyambut lafaz daripada si wali; "aku terima nikahnya dengan anak perempuanmu..." bersama terlaksananya syarat-syarat yang lain.

Bicara tentang lelaki sebagai pelindung kepada kaum wanita, banyak yang perlu diberi perhatian, aku kira, sekadar melalui tafsiran dan pemerhatian aku, kaum Adam seolah-olah ambil mudah soal tanggungjawab mereka terhadap kaum Hawa , terutamanya apabila sudah berada dalam ikatan yang sah dari hukum syarak. Dalam entri sebelum ini, aku pernah 'berbicara' mengenai 'Adam'; 

"Dulu, bila wanita dibawah jagaannya, lelaki memagari sehabis daya, tiada siapa berani menggoda..Kini, bila wanita dibawah jagaannya, lelaki tak kisah auratnya terbuka, wanitanya dibiarkan bebas, binasa."

Seolah menjadi satu 'trend', kebanyakan suami kini sepertinya tidak ambil endah atau cuba ambil mudah mengenai perihal isterinya daripada sebesar-besar perkara sehingga sekecil-kecil masalah. Bukan niatku untuk menempelak kaum sendiri, ya, kerna aku juga seorang Adam, namun masih dalam pencarianku, mencari dan masih cuba merangkak memahami tanggungjawab sebagai seorang Hamba dan pelindung kepada seorang Hawa. 

Mendengarkan kuliah Maghrib, tetiba hatiku tersentap, iya, mungkin ada benar juga kata si alim, ramai lelaki terutamanya si suami masih lagi 'mentah' soal fiqh wanita, namun masih didiamkan diri daripada cuba mempelajarinya untuk membimbing ahli keluarganya. Akui, aku juga masih lagi dalam proses mempelajarinya. Kadang aku terfikir, sejujurnya beratnya komitmen sebagai seorang suami, mampukah aku melaluinya dalam konteks sebenar Islam.


**tafsiranku, Adam dan lelaki, ada suatu jurang yang perlu terlaksana.

p/s: layakkah kamu bergelar Adam?!

Monday, 20 February 2012

Pabila Bicara Tentang Hati..

Assalamualaikum..
Bicara hati, apa yang dihajati...

Pabila berbicara tentang hati, sudah lama ia tidak berperasaan,
kering, kemarau, mungkin berhabuk...yang ada sudah pergi,
yang tiada makin menghilang, yang disisi belum tentu memahami,
yang faham belum tentu mendengar, yang mendengar belum tentu merasai...
diri yang merasai, segalanya perlu ditelan..
biar pahit, biar keras..namun amat berguna...agar menjadi lebih kuat.

Apa itu yang diistilahkan sebagai 'hati'..??!
Rasulallah (S.A.W) pernah bersabda tentang 'seketul daging bernama hati'. Sabda Baginda yang bermaksud:

"...ingatlah dalam jasad itu ada seketul daging, apabila daging itu baik, maka baiklah jasad itu secara keseluruhannya, apabila daging itu rosak, maka rosaklah jasad itu secara keseluruhannya, ingatlah daging itu adalah hati."

Hati adalah bahagian yang paling penting bagi seseorang insan, 'belaian kasih sayang' terhadap seketul daging itu amat signifikan dan perlulah secara 'istikomah', agar daging bernama hati itu tidak akan pernah lalai dan alpa dengan kasih sayang tuannya. Dan ingatlah, hati jua lah yang menentukan baik dan buruk seseorang itu, kuat akan imannya atau kufur dengan nikmat pemberianNYA. Ketahui, manusia yang beriman adalah muslim, namun tidak semua muslim itu adalah individu yang beriman. Terpulang pada 'kreativiti' diri dalam mencorak 'kehidupan' seketul hati itu. Meminjam kata-kata daripada seorang ulama', Ibn Taimiyyah rahimahullah, "Hati adalah rumah ALLAH, Rumah ini tidak akan baik, tidak akan kukuh, dan tidak akan berkata jujur melainkan dirimu memperhati dan menyedari bahawa ALLAH S.W.T sentiasa melihatmu."

INGATLAH, 'ilmu itu adalah cahaya, dan cahaya itu tidak akan menyimbah di hati orang-orang yang melakukan maksiat' ;(Imam Shafi'i). 

Berkata tentang hati, sengaja ku 'hamparkan' beberapa hadis dan potongan ayat-ayat al-Quran agar  mereka yang 'memerhati' akan entri kali ini lebih jelas, faham akan kepentingan 'hati yang hidup'. Kerna iblis laknatullah tidak akan pernah berhenti 'menyelami' hati orang-orang yang beriman , agar si pemilik hati mudah alpa dengan nikmatnya syurga duniawi. Maka, mohonlah agar dipelihara hati, dari segala bentuk kelalaian. Fahamilah hadis Nabi yang bermaksud:

"Sesungguhnya syaitan itu meletakkan belalainya di atas hati anak Adam. Apabila beliau berzikir, syaitan akan berundur dan apabila beliau lupa, syaitan akan mengunyah hatinya."

Kata-kata ini, adalah suatu peringatan kepada hamba-hambaNYA yang beriman, agar tidak tercicir hatinya akan perkara-perkara yang membuatkan ia mati...Peliharalah hatimu , 'segarkanlah' hati itu dengan zikir-zikir akan Yang Esa, jangan pernah biarkan hati itu mati, sebelum tibanya detik kematian jasad yang sebenar.





...create in me a clean heart Yaa Rab,
and put a new and right spirit within me...

Tuesday, 14 February 2012

"Adakalanya Aku Lalai Dalam Senang....."

Salamullah, salam perjuangan buat hamba-hambaNYA~

Alhamdulillah, DIA yang masih mengizinkan jari-jemariku menari di atas keyboard ini, mencoret seribu perkataan, menjadikan ia sebagai suatu nukilan buat hamba yang lain...

Keheningan malam, lapangan waktu aku mungkin lebih bererti...syukur kerna usahaku untuk mendapatkan buku-buku yang kuhajati terlaksana, agak banyak yang ku beli, tapi agak tertarik dengan 2 buah buku ini, mungkin kerna judulnya yang ringkas, juga bagai sudah menyimpul segala isi yang tersirat disebalik cover depan..."Ajarkanlah aku wahai IBU" dan "Nota Hati seorang Lelaki".

carilah suatu yang 'luar biasa' disebalik buku
yang kelihatan biasa-biasa ini!
Tertarik dengan buku-buku ini bukan kerna judul-judulnya saja, tapi akan penulisan-penulisan yang sememangnya sesuai dengan penerimaan hatiku, ringan dari segi penulisan, namun begitu berat & sarat dengan makna tersurat dan tersirat disebalik bait-bait perkataan itu...cuba luangkan masa sedaya-upayaku 'mendengar' coretan si penulis yang diterjemahkan melalui buku ini.


Dan kali ini, rinduku akan kekasihNYA,(Rasulallah S.A.W) semakin kuat, seolah-olah memanggilku supaya sedar akan kesederhanaan diri...bait-bait kata ungkapan dari nasheed berjudul "Pemergianmu", memberi seribu erti buat aku. Mengingatkan ku kembali akan kisah-kisah perjuangan dan pengorbanan Baginda dalam mempertahankan kesucian Islam...sungguhpun aku merasa kerdil, cuba muhasabah dan mengenali diri yang sebenar. Ku akui, terkadang aku lupa siapa diriku, apa peranan aku??...

Duhai Yang Esa, bantulah hambaMU ini, ku tahu Engkau sentiasa mengerti segala yang tersirat dalam hati hamba-hambaMU, lalu ku mohon kepada-MU, kuatkan hatiku ini ketika hatiku ingin berhijrah mencari redhaMU yang sentiasa terbuka buat hambaMU yang rindukan halawatul iman...kerna adakalanya aku lalai dalam senang, buta dalam cahaya, alpa akan duniawi!!!


***wake up MUSLIM!!! performed y0ur duty to ALLAH...