Tuesday, 1 April 2014

ENGAGEMENT...

Pertunangan (Khitbah) adalah syariat Islam. Firman Allah swt :-

وَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ فِيمَا عَرَّضْتُمْ بِهِ مِنْ خِطْبَةِ النِّسَاءِ 

“Dan tidak ada salahnya bagi kamu tentang apa yang kamu bayangkan (secara sindiran), untuk meminang perempuan ” [surah al-Baqarah : 235]

Nabi pernah bertunang dengan A’isyah ra [Sahih al-Bukhari #4793] dan diriwayatkan baginda juga pernah bertunang dengan Hafsah [Sahih al-Bukhari #4830].

Malah baginda menyarankan agar sesiapa yang ingin bertunang dengan seseorang wanita, dia dibenarkan melihat kepada wanita tersebut yang ingin dipinangnya. Sabda Nabi :-



إذا خطب أحدكم المرأة فإن استطاع أن ينظر إلى ما يدعوه إلى نكاحها فليفعل

“Apabila salah seorang dari kamu ingin bertunang, jika dia boleh melihat dimana permintaannya untuk meneruskan dan bernikah, maka biarlah dia lakukan” [Hadith Riwayat Abu Daud #2082].

Jelas disini menunjukkan bahawa bertunang juga adalah sunnah Nabi.

Monday, 10 February 2014

"AKU TERIMA NIKAHNYA..."


الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاءِ بِمَا فَضَّلَ اللَّهُ بَعْضَهُمْ عَلَىٰ بَعْضٍ وَبِمَا أَنفَقُوا مِنْ أَمْوَالِهِمْ ۚ فَالصَّالِحَاتُ قَانِتَاتٌ حَافِظَاتٌ لِّلْغَيْبِ بِمَا حَفِظَ اللَّهُ ۚ وَاللَّاتِي تَخَافُونَ نُشُوزَهُنَّ فَعِظُوهُنَّ وَاهْجُرُوهُنَّ فِي الْمَضَاجِعِ وَاضْرِبُوهُنَّ ۖ فَإِنْ أَطَعْنَكُمْ فَلَا تَبْغُوا عَلَيْهِنَّ سَبِيلًا ۗ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلِيًّا كَبِيرًا [٤:٣٤]

Men are the protectors and maintainers of women, because Allah has given the one more (strength) than the other, and because they support them from their means. Therefore the righteous women are devoutly obedient, and guard in (the husband's) absence what Allah would have them guard. As to those women on whose part ye fear disloyalty and ill-conduct, admonish them (first), (Next), refuse to share their beds, (And last) beat them (lightly); but if they return to obedience, seek not against them Means (of annoyance): For Allah is Most High, great(above you all). 

Posisi seorang lelaki itu sebenarnya semakin bertambah, daripada sekadar tanggungjawab sebagai seorang anak terhadap ibu-bapanya, kepada seorang suami dan juga ayah terhadap isteri dan anak-anaknya.

Itulah hasrat seorang wali, akan ketika bicaranya melafazkan; "aku nikahkan dikau dengan anak perempuanku ...", maka termeterailah akan perjanjian, hak dan tanggungjawab seorang lelaki (suami) terhadap seorang perempuan (isteri) tika si lelaki menyambut lafaz daripada si wali; "aku terima nikahnya dengan anak perempuanmu..." bersama terlaksananya syarat-syarat yang lain.

Bicara tentang lelaki sebagai pelindung kepada kaum wanita, banyak yang perlu diberi perhatian, aku kira, sekadar melalui tafsiran dan pemerhatian aku, kaum Adam seolah-olah ambil mudah soal tanggungjawab mereka terhadap kaum Hawa , terutamanya apabila sudah berada dalam ikatan yang sah dari hukum syarak. Dalam entri sebelum ini, aku pernah 'berbicara' mengenai 'Adam'; 

"Dulu, bila wanita dibawah jagaannya, lelaki memagari sehabis daya, tiada siapa berani menggoda..Kini, bila wanita dibawah jagaannya, lelaki tak kisah auratnya terbuka, wanitanya dibiarkan bebas, binasa."

Seolah menjadi satu 'trend', kebanyakan suami kini sepertinya tidak ambil endah atau cuba ambil mudah mengenai perihal isterinya daripada sebesar-besar perkara sehingga sekecil-kecil masalah. Bukan niatku untuk menempelak kaum sendiri, ya, kerna aku juga seorang Adam, namun masih dalam pencarianku, mencari dan masih cuba merangkak memahami tanggungjawab sebagai seorang Hamba dan pelindung kepada seorang Hawa. 

Mendengarkan kuliah Maghrib, tetiba hatiku tersentap, iya, mungkin ada benar juga kata si alim, ramai lelaki terutamanya si suami masih lagi 'mentah' soal fiqh wanita, namun masih didiamkan diri daripada cuba mempelajarinya untuk membimbing ahli keluarganya. Akui, aku juga masih lagi dalam proses mempelajarinya. Kadang aku terfikir, sejujurnya beratnya komitmen sebagai seorang suami, mampukah aku melaluinya dalam konteks sebenar Islam.


**tafsiranku, Adam dan lelaki, ada suatu jurang yang perlu terlaksana.

p/s: layakkah kamu bergelar Adam?!