Wednesday, 18 January 2012

i'm LOST..!!!

BISIKAN MALAM..

Salam perjuangan,

malam ini entah kenapa aku tak dapat nak lelapkan mata..malam??..sebenarnya jam ku dah menunjukkan pukul 3 pagi..kepala ku tiba-tiba je pening, tapi mataku masih 'teguh berdiri'..tak ada apa yang nak dikongsikan untuk entri kali ini, cuma sekadar luahan isi hati ...

pagi yang kesunyian, kala hujan di luar masih lagi renyai-renyai...aku diselubungi kesepian,
cuba muhasabah diri, tatkala mataku yang masih 'degil' untuk tidur, membaca post daripada blog-blog memberku yang lain...timbul rasa insaf, kerdil, mengingatkan akan tugas aku yang sebenar...HAMBA!!!...selama ini mungkin aku terlalu lalai, leka, angkuh dengan keseronokan dunia IPTA...(bukan nukilan ini sebagai aduan atau amarah, kerna ku tahu sebaik-baik tempat mengadu adalah kepada-Nya, Yang Maha Mengetahui)..

tipulah jika aku katakan aku tak pernah alpa, manusia, memang mudah alpa dengan duniawi..tidak terkecuali aku..tika ku layari blog-blog mereka..timbul rasa rindu akan diriku yang 'dahulu'..kenapa???apakah aku sekarang??...masa tak pernah berhenti berputar..cuma aku rasakan "the old me" mungkin lebih baik..mungkin???...

Ya Rabbi, berilah aku kekuatan, sungguhpun aku ini dalam masalah yang BESAR!!!...
ya benar kata mereka, aku ada penyakit, sukar tuk ubati,..HATI!!..hatiku sakit, makin malap, pudar sinarnya menjadi sirna..gelap hatiku mungkin tak ramai yang tahu..atau tak ada yang tahu...aku hidup dengan pura-pura selama ini...just pretending to be nice, innocent me!!..but, who knows??..

yupp, mungkin aku boleh tipu mereka, yang berada di sekeliling ku, tapi aku takkan pernah boleh tipu diri ini..aku sakit menderita, bukan tujuan tuk buka pekung di dada ataupun meraih simpati, tapi maybe what i wrote here can make myself feel a little bit "free"...(help me out)

mungkin sesiapa yang membaca entri ku kali ini, terasa pelik, jika dia mengenali aku..percaya atau tidak, aku bukanlah aku...dan aku bukanlah seperti 'kamu' sangkakan...(ku cuba jalani kehidupan normal, ke arah muhasabah diri)..InsyaALLAH,ameen...life mUst g0 0n!!!



***ramai yang bagitau, "just be yourself..", but i just can't, i think, i wonder if that happen, i just can't control of myself..takut akan bayang-bayang sendiri!!!



Di Jalan DAKWAH Aku MENIKAH..


"Ku idam ikatan halal yang suci...jauh dari dosa & noda.."

Bismillahirahmanirrahim...

Ya Allah, jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu,
agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-Mu Ya Muhaimin..

jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu..
Ya Rabbana, jika aku jatuh hati jagalah hatiku padanya
agar tidak berpaling daripada hati-Mu...

Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu,
Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhir-Mu Ya Allah,
jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu..

Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu,
Ameen...

Sesungguhnya cinta akan manusia, alam dan seisinya hanyalah cinta yang sementara, dimana ianya semata-mata berlandaskan nafsu serta perasaan yang membuta. Usah bimbang andai diri tidak dicintai, kerna cinta agung kepada Yang Esa sudah memadai buatmu untuk mendapat cinta dan sayang daripada seluruh makhluk-Nya.

Nukilan ku ini hanya sekadar menjadi pedoman buat semua, bukan tujuan untuk berlaku sombong, kerna sombong itu hanya sifat Yang Esa dan tidaklah wajar bagi hamba-Nya memilikinya. Dan ingatlah, destinasi cinta yang sebenar adalah destinasi cinta Illah, selagi masih ada denyutan nadi seorang yang bernafas dalam jiwa hamba, selagi itu durjana syaitan takkan pernah berhenti, cuba menodai segumpal darah bernama 'hati'...

lestarikan wadi kalbuku, leraikan aku dari pautan nafsu,
biarpun sukar bagiku melamar Redha-Mu, namun masihku mengharap ampunan-Mu

**Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit..diturunkan ke lubuk hati orang beriman mereka tetap berHATI TEGUH dikala orang lain dalam kegoncangan...(Syed Qutb)




Monday, 16 January 2012

LELAKI ACUAN AL-QUR'AN??!


LELAKI...

Dalam keheningan malam, sedangku meng'explore' balik 'lappy'ku, hatiku teruja apabila terbaca mengenai kata-kata "lelaki acuan al-Qur'an"...sudah lama mungkinnya aku tidak membaca mengenai artikel ini, bukan aku untuk mengagungkan sesiapa selain kekasih Allah (Rasulallah), kerna aku juga kaum Adam yang sesungguhnya mempunyai banyak kekurangan yang nyata. Ketahuilah, gelaran Adam itu mempunyai maksud yang tersendiri, secara tersurat mahupun tersirat...suka untuk aku berkongsi kata-kata tentang Adam (lelaki)...

ADAM(lelaki)...

Dulu, bila disebut lelaki, wanitanya mendongak megah, sesungguhnya lelaki kami Asadullah, Saifullah, tokoh ramai tak terkira...
Kini, bila disebut lelaki, wanitanya menunduk lemah, tokoh kami sedikit sekali, ramainya, boneka yahudi.

Dulu, bila disebut lelaki, wanitanya tenang dihati, lelaki kami menjaga dan melindungi...
Dan kini, bila disebut lelaki, wanitanya mahu cabut lari, lelaki khianat, perogol bersiri.

Dulu, bila seorang wanita teraniaya, sepasukan kuda putih membela, Al-mu'tasim kebanggaan wanita.
Kini, ribuan wanita suci dipenjara, Fatimah diperkosa, minta dibela, lelaki hanya tunduk tak bertenaga.

Dulu, bila wanita dibawah jagaannya, lelaki memagari sehabis daya, tiada siapa berani menggoda..
Kini, bila wanita dibawah jagaannya, lelaki tak kisah auratnya terbuka, wanitanya dibiarkan bebas, binasa.

Dulu, lelaki menggadai harta dan nyawa, untuk mengangkat kemuliaan agama, 
Kini...lelaki menggadai ketinggian agama, demi nafsu, dunia dan seisinya.

Dulu, lelaki bermatian mencipta sejarah, kental berjihad, tekun berdakwah..
Kini, lelaki hanya menyanjungi sejarah, diri bermalasan, tenaga tak dikerah.

Dulu, lelaki memperjuangkan deen dan ummah, Al-farouq, Zunurain mati terbunuh,
Kini, lelaki memperjuangkan diri dan kroninya hingga sanggup membunuh.

Dulu, lelaki bersatu menghadapi musuh, angkatannya kuat dan teguh,
Malah, kini, lelakinya berpuak dan berpecah, sesama sendiri saling bertingkah.

Kembalilah lelakiku, pada kelelakianmu, kami rindukan lelaki dulu, 
acuan madrasah rasul...

*renungan buat diriku serta kaum Adam yang lain, serta buat bimbingan seluruh kaum Hawa yang mendambakan seorang lelaki yang sebenar-benarnya Adam...



HANYA PADA-MU AKU BERPAUT

"maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya dan kepada cahaya (al-Qur'an) yang telah Kami turunkan. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan."(64;8)


Bicara malam, sesungguhnya aku berada dalam kealpaan yang nyata, menanti penghujungnya agar dapat kutemui hidup yang indah. Bukan niatku untuk menyalahkan sunnatullah, kerna aku sedar perjalananku ini penuh dengan segala dugaan dan ujian yang datang dari-Nya. Namun aku takut, masihkah ada dayaku untuk menghindar dari kealpaan ini. Dalam bisikan malam, aku cuba muhasabah diri, mencari jalan yang mampu memberi cahaya terhadap sirna dalam hidupku ini. Diterjah berbagai persoalan, dihujani airmata penyesalan, bisakah terhapus semua segala dosa-noda yang bertakhta...

Ya Allah...
sesungguhnya aku lemah tanpa petunjuk-Mu, aku buta tanpa bimbingan-Mu, cacat tanpa hidayah-Mu dan hina tanpa rahmat-Mu, maka Ya Rabbi kuatkanlah hati dan semangatku agar dapat ku hadapi segala ujian-Mu dengan penuh redha atas bimbingan-Mu...Amin Ya Rahim, Ya Karim.

Ya Allah, Ya Rabbi...
tuhanku, di malam syahdu ku merayu, ampunilah segala dosaku yang lalu,
sujudku mendambakan keredhaan-Mu, tempatkan daku dalam rahmat-Mu.
Usah Kau biarkan diriku terus hanyut terleka dalam kealpaan yang panjang,
di jiwa dunia membelenggu, aku pasrah, hidup matiku hanyalah untuk Mu, 
tunjukkanlah kebenaran, suburkanlah keimanan dalam jiwaku


kerna hanya pada-Mu kusandarkan harapan...



***thank yoU ALLAH, i seek forgiveness from YOU in any shortcomings that i have committed, in the past, may in the present & future...Ameen!!!