Monday, 16 January 2012

LELAKI ACUAN AL-QUR'AN??!


LELAKI...

Dalam keheningan malam, sedangku meng'explore' balik 'lappy'ku, hatiku teruja apabila terbaca mengenai kata-kata "lelaki acuan al-Qur'an"...sudah lama mungkinnya aku tidak membaca mengenai artikel ini, bukan aku untuk mengagungkan sesiapa selain kekasih Allah (Rasulallah), kerna aku juga kaum Adam yang sesungguhnya mempunyai banyak kekurangan yang nyata. Ketahuilah, gelaran Adam itu mempunyai maksud yang tersendiri, secara tersurat mahupun tersirat...suka untuk aku berkongsi kata-kata tentang Adam (lelaki)...

ADAM(lelaki)...

Dulu, bila disebut lelaki, wanitanya mendongak megah, sesungguhnya lelaki kami Asadullah, Saifullah, tokoh ramai tak terkira...
Kini, bila disebut lelaki, wanitanya menunduk lemah, tokoh kami sedikit sekali, ramainya, boneka yahudi.

Dulu, bila disebut lelaki, wanitanya tenang dihati, lelaki kami menjaga dan melindungi...
Dan kini, bila disebut lelaki, wanitanya mahu cabut lari, lelaki khianat, perogol bersiri.

Dulu, bila seorang wanita teraniaya, sepasukan kuda putih membela, Al-mu'tasim kebanggaan wanita.
Kini, ribuan wanita suci dipenjara, Fatimah diperkosa, minta dibela, lelaki hanya tunduk tak bertenaga.

Dulu, bila wanita dibawah jagaannya, lelaki memagari sehabis daya, tiada siapa berani menggoda..
Kini, bila wanita dibawah jagaannya, lelaki tak kisah auratnya terbuka, wanitanya dibiarkan bebas, binasa.

Dulu, lelaki menggadai harta dan nyawa, untuk mengangkat kemuliaan agama, 
Kini...lelaki menggadai ketinggian agama, demi nafsu, dunia dan seisinya.

Dulu, lelaki bermatian mencipta sejarah, kental berjihad, tekun berdakwah..
Kini, lelaki hanya menyanjungi sejarah, diri bermalasan, tenaga tak dikerah.

Dulu, lelaki memperjuangkan deen dan ummah, Al-farouq, Zunurain mati terbunuh,
Kini, lelaki memperjuangkan diri dan kroninya hingga sanggup membunuh.

Dulu, lelaki bersatu menghadapi musuh, angkatannya kuat dan teguh,
Malah, kini, lelakinya berpuak dan berpecah, sesama sendiri saling bertingkah.

Kembalilah lelakiku, pada kelelakianmu, kami rindukan lelaki dulu, 
acuan madrasah rasul...

*renungan buat diriku serta kaum Adam yang lain, serta buat bimbingan seluruh kaum Hawa yang mendambakan seorang lelaki yang sebenar-benarnya Adam...



No comments:

Post a Comment